Pelan Afiah merupakan pelan Takaful Keluarga khusus untuk wanita yang menawarkan perlindungan sahaja daripada 4 penyakit utama wanita negara ini iaitu;
1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
2) Artritis Reumatoid (RA)
3) Barah Payudara
4) Barah Pangkal Rahim
Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat apabila disahkan mengidap salah satu daripada 4 penyakit kritikal di atas.
Ciri-ciri
- Pelan Perlindungan.
- Had umur penyertaan minimum ialah 18 tahun dan maksimum 60 tahun.
- Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 5 tahun dan maksimum 30 tahun.
- Simpanan minimum bulanan ialah RM 30.00 sahaja dan tiada had maksimum.
- Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
- Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum RM 250,000.00
- Tiada Lien untuk Juvana.
- Pengecualian Pembayaran Cukai.
Manfaat
- Perlindungan daripada 4 penyakit kritikal wanita.
1) Lupus Eritematosus Sistemik (SLE)
2) Artritis Reumatoid (RA)
3) Barah Payudara
4) Barah Pangkal Rahim - Pampasan Harian Kemasukan Hospital (pilihan).
- Manfaat Pendapatan Keluarga akan diserahkan kesemuanya mengikut baki tahun setelah disahkan mengidap penyakit di atas.
- Manfaat Pemeriksaan Tahunan Wanita (LSR).
0 comments:
Post a Comment