Tuesday, March 23, 2010

Pelan Prima

Ia adalah pelan istimewa dengan pulangan berjadual serta kebebasan mutlak dalam perancangan kewangan semasa merangkumi keperluan pendidikan, umrah dan ziarah, melancong, pelaburan dan sebagainya. Ia memberikan perlindungan kewangan untuk keluarga tersayang sekiranya ditimpa sesuatu musibah.

Pengenalan pelan

Merupakan pelan Takaful Keluarga yang menawarkan PERLINDUNGAN beserta SIMPANAN untuk masa hadapan. Pelan ini ditawarkan kepada individu yang berumur 6 bulan hingga 54 tahun sahaja.

Pelan ini memberikan jaminan Manfaat Perolehan setiap 3 Tahun ( anggaran 10% dari amaun perlindungan atas andaian pulangan pelaburan sebanyak 4% ke atas Akaun Khas peserta )

Kadar pulangan yang lebih tinggi atau rendah akan mengubah jumlah pembayaran ini

Peserta yang menyertai pelan ini akan mendapat manfaat bila berlaku kematian atau keilatan kekal dan menyeluruh di sepanjang tempoh penyertaan sehingga tamat tempoh sijil walaupun Manfaat Perolehan sudah dibayar

Nisbah Agihan Sumbangan

Tahun Akaun Peserta ( Simpanan ) Akaun Khas peserta ( Khairat )

1 0% 100%

2 10% 90% dan seterusnya

Pengeluaran Akaun Simpanan ( AP )

  • Peserta tidak dibenar mengeluarkan wang dari Akaun Peserta ( Akaun Simpanan / AP )

Manfaat asas untuk pelan ini adalah seperti berikut:

  • Manfaat kematian
  • Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh
  • Pulangan tunai ketika sijil matang melalui akaun ( AP )

Manfaat kematian

  • Termasuk kematian atas sebab penyakit atau kemalangan

Manfaat keilatan kekal dan menyeluruh

  1. Keilatan disebabkan oleh kecederaan tubuh yang menghalang orang yang dilindungi daripada melakukan sebarang urusniaga atau pekerjaan atau melakukan sebarang kerja untuk mendapatkan upah, pampasan, atau untung dengan syarat keilatan tersebut mestilah berterusan tanpa sebarang gangguan untuk tempoh tidak kurang dari enam bulan
  2. Hilang keseluruhan penglihatan pada kedua belah mata, atau hilang/putus kedua belah tangan pada/atas pergelangan tangan; atau hilang/putus kedua belah kaki pada/atas buku lali, atau hilang/putus satu tangan pada/atas pergelangan tangan dan hilang/putus satu kaki pada/atas buku lali, atau kehilangan penglihatan untuk sebelah mata yang tidak dapat dipulihkan dan hilang/putus keseluruhan lengan/kaki pada/atas pergelangan tangan atau buku lali.

Untuk pelan juvana, hanya ( 2 ) sahaja terpakai

Manfaat tambahan

Manfaat tambahan yang boleh disertai adalah seperti berikut:-

  • Manfaat Hospital
  • Manfaat Pampasan Kemalangan
  • Manfaat Penyakit Kritikal ( 36 jenis penyakit )
  • Manfaat Hospital & Pembedahan ( Kad Kerubatan )

0 comments:

Post a Comment