Thursday, March 18, 2010

Pelan Warisan

Pelan Warisan mempunyai ciri yang hampir sama dengan Pelan Mesra. Tetapi ia ditawarkan kepada individu yang berumur antara 6 bulan sehingga 55 tahun. Uniknya, pelan ini di mana peserta mempunyai pilihan untuk menyimpan sehingga ke umur 55 tahun, 60 tahun atau 65 tahun dan perlindungan akan diberikan sehingga umur 88 tahun. Konsepnya, selepas peserta menyimpan sehingga umur 55, 60 atau 65 tahun, peserta masih dilindungi oleh Etiqa Takaful sehingga ke umur 88 tahun secara percuma. Ianya sesuai untuk merancang persaraan atau untuk meninggalkan harta pusaka kepada yang tersayang.
Ciri-ciri
  • Perlindungan beserta simpanan.
  • Had umur penyertaan minimum ialah 6 bulan dan maksimum 55 tahun.
  • Perlindungan Kematian sehingga 88 tahun.
  • Perlindungan Keilatan Kekal Menyeluruh sehingga 65 tahun.
  • Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
  • Simpanan minimum bulanan ialah RM 50.00 sahaja dan tiada had maksimum.
  • Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
  • Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
  • Tiada Lien untuk Juvana.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai.
Manfaat
  • Perlindungan Kematian atau Hilang Upaya Kekal.
  • Dana Penyakit Kritikal (pilihan).
  • Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
  • Elaun Cuti Sakit (MC) Mingguan (pilihan).
  • Dana Pengebumian (segera).
  • Simpanan telah dizakatkan.
  • Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.

0 comments:

Post a Comment