Pelan Sarjana ialah pelan simpanan pendidikan untuk kanak-kanak. Pelan ini sesuai untuk merancang pembiayaan pendidikan kanak-kanak itu untuk terutamanya di menara gading. Cantiknya pelan ini ialah sekiranya pembayar kepada kanak-kanak ini meninggal, Etiqa akan menyambung simpanannya sehingga tamat tempoh polisi. Selain itu juga, Etiqa akan memberikan wang saku kepada kanak-kanak itu sehingga tamat tempoh polisi. Uniknya, pelan ini akan memberikan anugerah kepada kanak-kanak itu apabila dia cemerlang di dalam peperiksaan.
Ciri-ciri
- Perlindungan beserta simpanan.
- Had umur penyertaan minimum ialah 14 hari dan maksimum 17 tahun.
- Perlindungan minimum 5 tahun dan maksimum 25 tahun.
- Umur matang minimun ialah 13 tahun dan maksimum 25 tahun.
- Peserta boleh menyertai pelan ini dengan tempoh minimum 33 tahun dan maksimum 87tahun.
- Simpanan minimum bulanan ialah RM 55.00 sahaja dan tiada had maksimum.
- Simpanan boleh dibuat secara Bulanan, Suku Tahunan, Setengah Tahunan, dan Tahunan
- Perlindungan minimum ialah RM 10,000.00 dan perlindungan maksimum bergantung kepada amaun simpanan.
- Sekiranya berlaku Kematian atau Keilatan Kekal Menyeluruh, keseluruhan jumlah perlindungan dan jumlah simpanan terkumpul akan dibayar.
- Tiada Lien untuk Juvana.
- Dana Perlindungan (Kematian dan Keilatan Kekal Menyeluruh kepada anak).
- Tabung Simpanan.
- Pampasan Kemasukan Hospital (pilihan).
- Biasiswa Tahunan (sekiranya berlaku kematian kepada pembayar).
- Dana Pengebumian (segera).
- Anugerah Kecemerlangan Akademik:
UPSR (5A) = RM 500.00
PMR (8A) = RM 750.00
SPM (8A) = RM 1000.00
STPM (5A) = RM 1000.00
- Simpanan akan diteruskan oleh Etiqa Takaful sehingga sijil matang sekiranya berlaku Kematian atau Hilang Upaya Kekal kepada pembayar.
- Dana Khas Keluarga sekiranya pembayar meninggal atau hilang upaya kekal.
- Pengecualian Pembayaran Cukai Pendapatan.
0 comments:
Post a Comment