Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda mempunyai perlindungan diri? Perlindungan bagaimana yang anda miliki? Insurans atau takaful?
Perkara yang perlu diambil berat sebelum mengambil polisi insurans atau takaful adalah; adakah ianya halal dari segi syarak?
Insurans hayat ini hanya harus apabila ada akad yang tertentu yang diluluskan oleh syarak iaitu atas konsep orang lain hendak membantu keluarga yang ditimpa kematian atau kemalangan. yang lain daripada itu adalah ditolak oleh syarak.Konsep membantu hanya terdapat dalam produk Takaful di mana takaful mengamalkan kaedah khairat sesama ahli. Di sini para peserta takaful menjamin antara satu sama lain dan dana yang terkumpul akan digunakan untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Sila rujuk Definisi dan Konsep.
Bayangkan jika sesuatu terjadi kepada anda. Apakah yang akan anda tinggalkan kepada insan tersayang? Bagaimana dengan ibu bapa yang anda sara selama ini? Bagaimana nafkah pasangan atau anak-anak anda nanti?
Jangan terlalu berkira untuk menyumbangkan RM100 setiap bulan kepada Pelan Takaful yang anda pilih kerana wang tersebut akan dikumpulkan ke dalam simpanan anda dan juga untuk amal jariah. Apabila mencecah tarikh matang, anda akan menerima kembali simpanan anda beserta keuntungan.
Fikirkan juga berapa jumlah yang sepatutnya anda dilindungi. Cukupkan dengan perlindungan RM50,000? Kemudian berapa ramaikah yang mendapat manfaat dari jumlah yang nada tinggalkan? Jika anda mempunyai 5 orang anak atau waris, maka RM10,000 seorang. Cukupkah untuk masa depan mereka?
Apa kata anda tetapkan jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 atau lebih? Dengan RM150 sebulan pun anda boleh mendapat perlindungan sebanyak itu.
Jangan fikir Pelan Takaful ini hanya untuk perlindungan anda sahaja. Tiada siapa yang mahu ditimpa musibah. Jadikan Pelan Takaful ini sebagai disiplin menyimpan, tabungan untuk masa depan. Simpan dalam bank tiada perlindungan diri. Simpan dengan Takaful banyak manfaatnya.
Selamat menyertai Takaful...
0 comments:
Post a Comment