Melalui rider ini, peserta akan mendapat manfaat harian sekiranya dimasukan ke hospital akibat kemalangan atau penyakit. Peserta / Orang yang dilindungi akan menerima manfaat harian ini berdasarkan bilangan hari dimasukkan ke dalam wad dan bergantung kepada jumlah manfaat yang dipilih oleh peserta.
Peserta harus diingatkan bahawa manfaat ini bukan untuk menampung apa apa kos rawatan atau bil perubatan, sebaliknya merupakan manfaat harian sahaja.
Skop perlindungan
Kemasukan ke hospital kerajaan atau pusat rawatan berlesen yang diluluskan oleh syarikat atas cadangan dan kelulusan doktor/pakar bedah yang berkelayakan akibat kemalangan atau penyakit
Tempoh penyertaan
Secara tahunan dengan opsyen pembaharuan atas persetujuan kedua dua pihak dan tidak boleh melebihi tempoh pelan asas atau had tempoh rider ini ( yang mana terdahulu )
Tempoh dan lat sumbangan
Kekerapan bayaran dan tempoh adalah mengikut pelan asas atau hingga peserta berumur 60 tahun ( mana yang terdahulu )
Penamatan kontrak
Kontrak ini akan ditamatkan secara automatik:
1. Sumbangan untuk kontrak tambahan dan/atau kontrak asas tidak dijelaskan pada hujung tempoh tenggang: atau
2. Kontrak asas itu matang, diserahkan atau dibatalkan: atau
3. Apabila peserta / Orang yang dilindungi mencapai umur 60 tahun; atau
4. Peserta / Orang yang dilindungi itu mati atau mengalami keilatan kekal dan menyeluruh
Had umur penyertaan
Minimum 6 bulan dan maksimum 55 tahun ( tarikh lahir akan datang )
Had manfaat perlindungan
Minimum RM10.00 sehari dan tidak melebihi 10% dari jumlah sumbangan tahunan pelan asas atau RM400.00 sehari untuk dewasa dan RM200.00 untuk Juvana
Pengendalian sumbangan
100% sumbangan akan di tabarru’kan ke Akaun Khas Peserta
Kelayakan tuntutan
Dimasukan ke hospital sekurang kurangnya 3 hari 6 jam. Amaun manfaat akan dikira dari hari pertama dimasukan ke hospital, dan terhad sehingga 365 hari sahaja ( had seumur hidup )
Notis tuntutan
Notis bertulis hendaklah dikemukakan kepada syarikat dalam tempoh enam puluh ( 60 ) hari keluar ( discaj ) hospital
Mudharabah
Sebarang lebihan di penhujung tempon pelan takaful asas dari Akaun Khas Peserta akan dikongsi antara Syarikat dan Peserta pada kadar 50%:50% dengan syarat tiada tuntutan dibuat atas kontrak rider ini
Risiko yang dikecualikan
1. Pencerohohan dan tindakan negara asing, persengketaan ( sama ada perang yang diisytiharkan atau tidak), perang saudara, pemberontakan, kebangkitan revolusi atau kententeraan atau rampasan kuasa, rusuhan, kegemparan umum, serangan oleh perompak atau pengganas.
2. Apabila Peserta / Orang yang dilindungi membunuh diri atau cuba untuk membunuh diri ( samada ada secara sebab jenayahatau tidak ) atau mencederakan diri sendiri ( samada waras atau tidak ) atau dalam pengaruh alkohol atau dadah, sama ada secara tidak sedar atau berniat atau menyedut atau mengunakan racun, gas atau wap beracun
3. Semasa Peserta / Orang yang dilindungi terlibat dalam perkhidmatan penerbangan, pengendalian sebarang peralatan pengakutan udara bagi tujuan perdagangan, profesion atau hobi atau sebagai krew penerbangan atau semasa terlibat dalam aktiviti payung terjun atau luncur udara atau sebarang aktiviti udara selain daripada menjadi anggota tentera atau polis udara kecuali sevagai juruterbang atau krew atau penumpang dalam penerbangan tentera atau polis yang sah dan rasmi atau sebagai juruterbang atau ahli krew atau penumpang berbayar dalam penerbangan komersial yang berjadual serta melalui laluan tetap;
4. Jika hilang upaya, kecederaan atau penyakit itu wujud pada tarikh kontreak dikeluarkan atau tarikh id dihidupkn semuala, yang mana berlaku kemudian
5. Terlibat dalam aktiviti haram atau jenayah, penyertaan dalam sebarang pergaduhanatau sengaja mencari punca;
6. Aktiviti luncur air atau sebarang aktiviti menyelam yang memerlukan alat bantuan pernafasan; atau sebarang bentuk perlumbaan berkuda atau beroda;
7. Terdedah kepada bahaya nuklear, peralatan nuklear atau pencemaran radioaktif
8. Menghidap Sindrom Kurang Upaya Tahan Penyakit ( AIDS ), atau sebarang penyakit berkaitan AIDS, penyakit kelamin yang berjangkit, kehamilan, melahirkan anak, penguguran anak, keguguran atau sebarang atau akibat darinya;
Manfaat ini hanya akan mula berkuat kuasa selepas empat puluh lima ( 45 ) hari dari tarikh sijil ini dikeluarkan atau dikuatkuasakan semula ( reinstatement ) kecuali atas sebab sebab kemalangan
Nota penting* Kemasukan hospital di luar Malaysia tidak dilindungi di bawah rider ini
Monday, April 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment